KOLEKSI CERITA
KANAK-KANAK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


HAKIM YANG CURANG

 

 

       Ada seekor burung merbah bersarang di atas sepohon pokok rendang.Bila pagi ia pergi mencari makan, ketika petang baharulah ia pulang. Begitulah yang dilakukan setiap hari.

 

        Pada suatu hari ketika keluar mencari makan, burung merbah itu tersesat jalan. Ia tidak dapat cari jalan pulang.

 

        Pada ketika itu juga seekor burung muraisedang mencari bahan-bahan untuk membuat sarang. Ketika mencari-cari, ia terjumpa dengan sarang burung merbah itu.

 

        “Eh!! Ini ada sarang burung kosong. Kalau macam ini tak payalah aku membuat sarang baru. Baik aku gunakan sahaja sarang ini, “ fikir burung murai. “ Bagaimana dua hari lagi, kalau tuannya masih tak ada, aku akan jadikannya hak aku.

 

        Setelah ditunggu sampai dua hari, burung merbah tidak juga pulang, burung murai pun menggagap sarang itu adalah haknya.

 

        Tetapi keesokkan harinya burung merbah pun pulang. Ia terperanjat mendapati burung murai berada di sarangnya.

 

   Wahai sang mirai, kenapa engkau tinggal dalam sarang aku?” marah burung merbah.”Siapa kata sarang engkau. Ini sarang aku, bukannya sarang engkau!” jawab sang murai.

 

          “ Kalauu bukan sarang aku masakan aku berani mengaku. Tolonglah keluar dari sini, aku hendak berihat. Aku telah penat terbang kesana kemari kerana tersesat jalan. Hari ini barulah dapat cari jalan pulang,” beritahu burung merbah.

 

            Namun burung murai masih tidak mahu keluar dari sarang itu. Katanya sarang itu kepunyaannya. Oleh kerana masing-masing tidak mahu mengalah, mereka pun  sepakat hendak mencari hakim untuk memutuskan sarang itu kepunyaan.

 

           “Siapakah yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan masalah kita ini?” Tanya burung merbah. “ Aku fikir baik kita pilih sang kucing,” jawab burung murai.

 

           Mereka pun pergilah berjumpa sang kucing. Ketika itu sang kucing sedang berehat diatas sebatang kayu. “Wahai sang kucing tolonglah tuan jadi hakim kepada kami bedua,” kata burung merbah. “Apakah masalah kamu berdua?” tanya sang kucing.

 

          “Saya ada sebuah sarang.Bila pagi sarang itu saya saya tinggal untuk mencari makan.Waktu petang baharulah saya pulang.Pada suatu petang ketika hendak pulang,saya tersesat jalan.Hingga empat hari baharulah dapat pulang.Bila sampai ke sarang,saya dapati sang murai sudah berada didalamnya dan ia mendakwa sarang itu haknya,” beritahu burung merbah.

 

         “Engkau pula bagaimana sang murai?” tanya sang kucing. “Pada suatu hari sedang saya mencari bahan-bahan  untuk membuat sarang, saya terjumpa sebuah sarang.Saya tunggu sampai dua hai, tuan sarang itu masih juga tak ada.Jadi pada hari yang ketiga saya anggap sarang itu tak bertuan lagi.Tiba-tiba burung merbah pulang dan mengaku sarang itu haknya,” beritahu burung murai.

 

        “Aku telah dengar dakwaan kedua-dua belah pihak.Untuk mengambil keputusan aku terpaksa mengambil masa dua malam. Malam ini giliran sang merbah tidur di dalam sarang itu.Dalam tidur ia akan bermimpi dan mimpi itu akan memberitahu  kepunyaan siapa sarang itu.Malam seterusnya sang murai pula tidur dan bermimpi yang sama.

 

         Hilanglah kisah kedua-dua ekor burung itu dimakan oleh sang kucing yang bertindak sebagai hakim yang curang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SANG KANCIL DAN SANG KERA

 

 

         Suatu hari sang kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terpandang seekor kera di atas pokok rambuan di tepi sungai. Sang kancil teringin hendak makan buah rambutan itu. Sang kancil meminta sedikit buah rambutan daripada sang kera. Sang kera tidak memperdulikan permintaan sang kancil. Sang kancil mencari akal untuk mendapatkan buah rambutan dari Sang Kera. Sang Kancil mengambil seketul batu dan membaling kera di atas pokok. Sang Kera menjadi marah. Sang Kera memetik buah rambutan dan membaling Sang Kancil.Sang Kancil terus membaling batu ke arah Sang Kera. Bila sudah banyak buah rambutan di atas tanah Sang Kancil ketawa puas hati. Sang Kancil pundapat memekan buah rambutan dengan senang hati. Sang Kera menggaru kepal menyedari kebodohannya.

 

 

 

 

 

 

 

ANJING DENGAN SERIGALA

 

 

      Pada zaman dahulu,anjing dan serigala hidup di dalam hutan.Mereka mencuri ayam peliharaan manusia untuk dimakan. Manusia memasang api untuk menghalau anjing dan serigala. Serigala takutkan api, tetapi anjing tidak takut. Anjing berkata pada serigala, “ Biar aku pergi mencuri ayam. Engkau tunggu di dalam hutan. Sebaik sahaja sampai di lading, anjing ditangkap oleh manusia. Ia meminta ampun dan berjanji untuk menjaga ternakan manusia dari ditangkap serigala.Anjing sangat setia kepada manusia. Manusia memberinya makan tulang dan daging. Anjing berasa senang hati. Serigala masih lagi menuhggu tetapi anjing tidak balik. Sampai sekarang, apabila tiba waktu malam, serigala akan menyalak dan menjerit. Ia memanggil anjing untuk balik semula ke hutan.